• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Rumah Melayu

    PENGENALAN

    Rumah  melayu tradisional merupakan suatu aset yang berharga untuk dipelihara senibinanya untuk generasi akan datang.Ini kerana rumah melayu tradisional mempunyai banyak keistimewaan yang belum tentu terdapat pada rumah moden masa kini. Masyarakat melayu yang terkenal dengan sifat kreatif, telah membina rumah melayu dengan mengaitkan rekabentuk senibina dengan faktor alam sekitar.

    Halaman rumah dipenuhi dengan tanaman  seperti pokok kelapa, pokok serai, pokok kunyit serta beberapa jenis tanaman lain yang memberi sumber makanan kepada penghuni memberi suatu panorama yang menarik pada rumah melayu traditional.

    Ruang dalaman rumah dipisahkan dengan beberapa bahagian mengikut keperluan dan kepengunaanya serta menitikberatkan agama dalam susunatur ruang tersebut seperti rumah ibu tempat melayan tetamu lelaki dan ruang tengah untuk tetamu perempuan.

    Hiasan pada setiap rumah melayu tradisional pula banyak melambangkan identiti rumah itu sendiri. seni ukiran yang menarik yang di ilhamkan dari motif flora mengambarkan rumah melayu traditional ini tidak dapat dipisahkan dengan alam.

    Bukan sekadar hiasan malahan setiap ukiran mempunyai fungsi disamping nilai astetika yang berharga. Ukiran kerawang atas tingkap contohnya, bagi membenarkan udara bersih dari luar masuk terus kedalam rumah walaupun tingkap ditutup yang boleh menolak haba panas keluar dari ruang dalam rumah yang secara tidak langsung akan memberi keselesaan kepada penghuni.

    0 comments:

    Post a Comment