CARA MENGATASI MASALAH HONEYCOMB PADA STRUKTUR KONKRIT
SUMBER wikipedia mengatakan Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan.
Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yang dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar pencampurannya, cara pembancuhannya,cara pengangkutannya dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Oleh itu, teknologi konkrit telah menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan perlulah diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat kelulusan piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dapat digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.
KERJA PEMBINAAN
Masalah Honeycomb atau konkrit yang berongga atau tidak padat merupakan masalah yang sering berlaku pada stuktur bangunan di tapak binaan. Gambar seperti dibawah :
masalah ini jika tidak diatasi dengan segera, ianya boleh melemahkan struktur binaan sebuah bangunan kerana tetulang besi yang terdapat didalam struktur konkrit column atau beam akan terdedah dengan cahaya dan air yang akan mengakibatkan karat pada besi tersebut.
Apa yang hendak dibincangkan disini ialah bagaimana hendak menagani masalah honeycomb pada struktur konkrit sebelum konkrit trsebut menjadi keras:
Diakui memang banyak produk pembinaan yang dapat membaikpulih Honeycomb seperti melakukan kerja menampal dengan cement apoxy cement grout, Sika dan sebagainya tetapi adakah kita senang melihat pemandangan tiang-tiang konkrit bertampal tampal seperti panau yang melekat pada badan kita.....
huh!!!!! sebernarnya terlampau Kompleks untuk membicarakan soal ini..cuma berdasarkan pengalaman yang saya ada dapatlah kita berkongsi sedikit tip tip bagi mengurangkan masalah ini dari terus berlaku..
Tak kira penyelia tapak, pengurus tapak projek, atau sesiapa sahaja yang mengawal selia kerja konkrit memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini,
Antara langkah pencegahan yang dicadangkan disini ialah:
Apabila Acuan telah sedia untuk di konkrit,besi telah dipasang, dan semua acuan telah diperiksa oleh pihak berwajib maka kerja-kerja konkrit pun bermula :::::::::
1. Pastikan jadual penghantaran konkrit disusun dengan rapi oleh penyelia tapak atau sesiapa sahaja yang mengawal selia kerja konkrit tersebut. Ini kerana konkrit yang telah dibancuh di pusat pembancuhan konkrit atau lebih senang dipanggil concrete plant mempunyai masa yang tertentu untuk dituang didalam acuan di tapak. Sekiranya terlalu lama konkrit tersebut berada didalam lori,ianya akan mengeras dan menyukarkan kerja penuangan kedalam acuan ditapak.dengan zaman teknologi yang serba canggih ini yang mengunakan talipon mudah alih sepatutnya aliran penghantaran tidak menjadi masalah kerana penyelia tapak dapat menghubungi Batcher atau pemandu lori untuk memastikan penghantaran dapat sampai pada masa yang betul.
2. Apabila lori sampai ditapak pastikan lori dihadapan telah habis menuang isi dalam buyung lori tersebut dan terus digantikan dengan lori yang baru sampai ditapak.. ini bagi memastikan sama seperti perkara diatas.
3. Semasa kerja menuang konkrit kedalam acuan dilakukan mesin Poker atau vibvator digunakan bagi menyeragamkan isian konkrit kedalam acuan tersebut.. Haaa!! di sinilah selalunya kita terlepas pandang.. Pekerja- pekerja binaan bahagian ini kebanyakanya tidak mempunyai sijil atau kelayakan atau tidak pernah belajar secara betul bagaimana cara menjalankan kerja dengan hendak mengawal masalah haneycomb. Apa yang mereka tahu adalah tuang konkrit dan vibrate tetapi teknik yang betul tidak diamalkan.
4. Vibrator perlulah dilakukan dengan betul, sekurangkurangya tukang konkrit mempunyai 3 mesin yang mana 2 digunakan dan 1 bagi tujuan stanby sekiranya berlaku kerosakan pada salah satu mesin tersebut.
5. Kerja vibrate ini perlulah melalui beberapa peringkat yang mana didalam acuan dan pada bahagian luar acuan sepatutnya dilakukan juga, ini bagi isian konkrit tersebut dapat sama rata antara bahagian tengah dan tepi struktur column atau beam tersebut.
6. Selain daripada itu, papan acuan atau formwork perlulah bersih atau masih dalam keadaan baik, Kayu penyokokng formwork juga perlu yang baru,bukan yang telah reput..sesetengah kes yang kita jumpa, kayu penyokong yang digunakan terlalu uzur yang menyebabkan tukang vibrator takut untuk vabrate dengan berulangkali...vibrate sekadar lakonan sahaja.
Sekiranya setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan kerja Konkrit ini mengamalkan petua ini....insyaallah benda seperti honeycomd sersebut dapat dikurangkan......
bukanlah susah sanga untuk menjalankan kerja dengan betul cuma 6 langkah yang saya bagi ini je sara rasa masalah ini akan selesai.
Sepanjang kerja saya ditapak binaan walaupun saya tidak terlibat secara langsung dalam mengawal selia kerja konkrit ini tetapi kajian atau ujian yang saya pernah lakukan di sebuah tapak binaan benar-benar berkesan..
saya bukanlah pakar sangat dalam Kerja konkrit ini, cuma ingin berkongsi dengan pembaca,mungkin sedare ada idea lain untuk mengurangkan masalah Honeycomb ini yang dapat kita kongsikan bersama. Sebarang coment bolehlah terus tulis dibawah ini untuk mengembangkan lagi ilmu pembinaan kita.
SELAMAT MENCUBA.....................

KELEBIHAN RUMPUN BULUH
Buluh atau nama botaninya Bambusa sp. merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di asia tenggara. Ianya tumbuh dengan mudah tanpa penjagaan. Terdapat banyak keistemewaan yang terdapat pada tumbuhan ini. Sejarah telah membuktikan bahawa buluh telah banyak memberi jasa kepada manusia dimana manusia pada zaman dahulu telah menjadikan buluh sebagai bahan untuk membina rumah.
Selain dari membuat rumah, Buluh juga boleh dimakan ( tapi janganlah makan buluh yang dah keras) makanlah Rebungnya. Ramai masyarakat yang sukakan gulai rebung, tetapi pernahkah kita terfikir akan susah payah si pencari rebung masuk keluar hutan yang dipenuhi dengan belukar yang belum tentu hasilnya.
Buluh boleh digunakan untuk membuat peralatan memasak,seperti sudu selain dari itu perabot, kerusi meja,almari, barangan Kraf,alat muzik dan banyak lagi mengikut citarasa anda. Anda boleh buat apa sahaja yang anda suka, Bukan sekadar rakit malahan kereta pun anda boleh buat ,,,, Op!! ini bukan tipu, ini fakta.kalau tak pecaya cuba anda search kat internet KERETA BULUH mesti keluar punye lah ......
Tidak mustahil suatu hari nanti BULUH digunakan untuk buat kapal terbang pulak....
Selain menyerap karbon dioksida dengan cepat berbanding tumbuhan lain, buluh boleh memberi teduhan yang dapat memberi suatu nilai estetika kepada halaman rumah anda.
Apa lagi yang tak ada pada buluh. Nak buat lemang pakai buluh,ayam pansuh pakai buluh,nak buat pagar pakai buluh, nak buat baju pun boleh cuma kalau nak buat pakaian dalam tu kena pikir 2 kali la tuan tuan, takut gatal pulak nanti, bak kata pepatah serba serbi kalau kita kreatif macam-macam kita boleh buat guna buluh tuan- tuan.
Maka dengan ini saya mengesyorkan tanamlah buluh disekitar rumah anda, Kalau pikir ular ,Kat pokok mana - mana pun ular suka duduk, janji sejuk, cuma kita kena lah berhati-hati selalu. Pastikan halaman rumah kita sentiasa diselenggara atau dibersihkan.
OK Tuan-tuan SELAMAT MENANAM!!!!!!!!
Cara mengatasi masalah anai-anai
Serangan anai- anai memang memeningkan kepala kepada mereka yang mendiami rumah berasaskan kayu.
Anai-anai bukan saja merosakkan perabot kayu, almari dan dapur anda,serangga yang kecil ini juga gemar memakan kertas buku dan majalah serta pakaian yang baik tersimpan di dalam almari di rumah anda, malah lebih teruk lagi sekiranya ia telah melarat sehingga ke kerangka bumbung rumah anda.
Sekiranya rumah anda menghadapi masalah anai-anai, anda tidak perlu risau kerana terdapat semakin banyak syarikat penghapus seranggan perosak beroperasi bagi menangani masalah itu.
selain dari itu anda juga boleh mencegah pembiakan anai-anai daripada terus merebak dengan membeli racun anai-anai yang terdapat di kedai racun sekitar anda.
Disini saya ingin berkongsi sedikit cara-cara untuk mengatasi masalah anai-anai dengan cara menyembur sendiri racun anai-anai dengan selamat:
1. Dapatkan RACUN anai-anai yang dijual di kedai RACUN di sekitar anda.
2. Tuangkan RACUN ke dalam bekas atau baldi yang Khas untuk Racun sahaja.
(tidak digunakan untuk kegunaan lain)
3. RACUN tersebut dicampurkan dengan air paip secukupnya (Ikut arahan pada botol)
4. Sediakan bekas Khas seperti TIN,BOTOL Plastik yang ditebuk kecil banyak- banyak
pada bahagian bawah TIN,BOTOL tersebut (seperti bekas siram bunga).
5. Gunakan kain untuk menutup hidung dan mulut
(mengelakan dari terhidu racun berlebihan)
6. Siram RACUN anai-anai tersebut pada bahagian yang terkena serangan anai-anai
7. Bagi pencegahan pula siramkan RACUN anai-anai di sekeliling rumah.
Atau dengan kaedah menebuk lubang 1 kaki dalam dan dituang ke dalam lubang
tersebut. (pastikan cuaca kering semasa siraman dibuat)
8. Selesai semua kerja cuci semua bekas yang digunakan dan terus mandi sebelum
menjalankan kerja lain (ini untuk mengelakan keracunan)
9. Minum air bergas atau air kelapa untuk mengelakan keracunan dari terhidu RACUN
tadi.
biasanya racun anai-anai dapat bertahan sehingga 2 tahun atau lebih mengikut kekuatan RACUN tersebut....
SELAMAT MENCUBA!!!!!

Rumah Melayu
PENGENALAN
Rumah melayu tradisional merupakan suatu aset yang berharga untuk dipelihara senibinanya untuk generasi akan datang.Ini kerana rumah melayu tradisional mempunyai banyak keistimewaan yang belum tentu terdapat pada rumah moden masa kini. Masyarakat melayu yang terkenal dengan sifat kreatif, telah membina rumah melayu dengan mengaitkan rekabentuk senibina dengan faktor alam sekitar.
Halaman rumah dipenuhi dengan tanaman seperti pokok kelapa, pokok serai, pokok kunyit serta beberapa jenis tanaman lain yang memberi sumber makanan kepada penghuni memberi suatu panorama yang menarik pada rumah melayu traditional.
Ruang dalaman rumah dipisahkan dengan beberapa bahagian mengikut keperluan dan kepengunaanya serta menitikberatkan agama dalam susunatur ruang tersebut seperti rumah ibu tempat melayan tetamu lelaki dan ruang tengah untuk tetamu perempuan.
Hiasan pada setiap rumah melayu tradisional pula banyak melambangkan identiti rumah itu sendiri. seni ukiran yang menarik yang di ilhamkan dari motif flora mengambarkan rumah melayu traditional ini tidak dapat dipisahkan dengan alam.
Bukan sekadar hiasan malahan setiap ukiran mempunyai fungsi disamping nilai astetika yang berharga. Ukiran kerawang atas tingkap contohnya, bagi membenarkan udara bersih dari luar masuk terus kedalam rumah walaupun tingkap ditutup yang boleh menolak haba panas keluar dari ruang dalam rumah yang secara tidak langsung akan memberi keselesaan kepada penghuni.