• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • KELEBIHAN RUMPUN BULUH

    Buluh atau nama botaninya Bambusa sp.  merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di asia tenggara. Ianya tumbuh dengan mudah tanpa penjagaan. Terdapat banyak keistemewaan yang terdapat pada tumbuhan ini. Sejarah telah membuktikan bahawa buluh telah banyak memberi jasa kepada manusia dimana manusia pada zaman dahulu telah menjadikan buluh sebagai bahan untuk membina rumah.

     Selain dari membuat rumah, Buluh juga boleh dimakan ( tapi janganlah makan buluh yang dah keras) makanlah Rebungnya. Ramai masyarakat  yang sukakan gulai rebung, tetapi pernahkah kita terfikir akan susah payah si pencari rebung masuk keluar hutan yang dipenuhi dengan belukar yang belum tentu hasilnya.

    Buluh boleh digunakan untuk membuat peralatan memasak,seperti sudu selain dari itu perabot, kerusi meja,almari, barangan Kraf,alat muzik dan banyak lagi mengikut citarasa anda. Anda boleh buat apa sahaja yang anda suka, Bukan sekadar rakit malahan kereta pun anda boleh buat ,,,, Op!! ini bukan tipu, ini fakta.kalau tak pecaya cuba anda search kat internet KERETA BULUH mesti keluar punye lah ......

    Tidak mustahil suatu hari nanti BULUH digunakan untuk buat kapal terbang pulak....

    Selain menyerap karbon dioksida dengan cepat berbanding tumbuhan lain, buluh boleh memberi teduhan yang dapat memberi suatu nilai estetika kepada halaman rumah anda.

    Apa lagi yang tak ada pada buluh. Nak buat lemang pakai buluh,ayam pansuh pakai buluh,nak buat pagar pakai buluh, nak buat baju pun boleh cuma kalau nak buat pakaian dalam tu kena pikir 2 kali la tuan tuan, takut gatal pulak nanti, bak kata pepatah serba serbi kalau kita kreatif macam-macam kita boleh buat guna buluh tuan- tuan.


    Maka dengan ini saya mengesyorkan tanamlah buluh disekitar rumah anda, Kalau pikir ular ,Kat pokok mana - mana pun ular suka duduk, janji sejuk, cuma kita kena lah berhati-hati selalu. Pastikan halaman rumah kita sentiasa diselenggara atau dibersihkan. 


    OK Tuan-tuan SELAMAT MENANAM!!!!!!!!


    0 comments:

    Post a Comment