• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Cara mengatasi masalah anai-anai

     
    Serangan anai- anai memang memeningkan kepala kepada mereka yang mendiami rumah berasaskan kayu.
    Anai-anai  bukan saja merosakkan perabot kayu, almari dan dapur anda,serangga yang kecil ini juga gemar memakan kertas buku dan majalah serta pakaian yang baik tersimpan di dalam almari di rumah anda, malah lebih teruk lagi sekiranya ia telah melarat sehingga ke kerangka bumbung rumah anda.

    Sekiranya rumah anda menghadapi masalah anai-anai,  anda tidak perlu risau kerana terdapat semakin banyak syarikat penghapus seranggan perosak beroperasi bagi menangani masalah itu.

    selain dari itu anda juga boleh mencegah pembiakan anai-anai daripada terus merebak dengan membeli racun anai-anai yang terdapat di kedai racun sekitar anda.

    Disini saya ingin berkongsi sedikit cara-cara untuk mengatasi masalah anai-anai dengan cara menyembur sendiri racun anai-anai dengan selamat:

    1. Dapatkan RACUN anai-anai yang dijual di kedai RACUN di sekitar anda.
    2. Tuangkan RACUN ke dalam bekas atau baldi yang Khas untuk Racun sahaja.
        (tidak digunakan untuk kegunaan lain)
    3. RACUN tersebut dicampurkan dengan air paip secukupnya (Ikut arahan pada botol)
    4. Sediakan bekas Khas seperti TIN,BOTOL Plastik yang ditebuk kecil banyak- banyak
        pada bahagian bawah TIN,BOTOL tersebut (seperti bekas siram bunga).
    5. Gunakan kain untuk menutup hidung dan mulut
        (mengelakan dari terhidu racun berlebihan)
    6. Siram RACUN anai-anai tersebut pada bahagian yang terkena serangan anai-anai
    7. Bagi pencegahan pula siramkan RACUN anai-anai di sekeliling rumah.
        Atau dengan kaedah menebuk lubang 1 kaki dalam dan dituang ke dalam lubang  
        tersebut.    (pastikan cuaca kering semasa siraman dibuat)
    8. Selesai semua kerja cuci semua bekas yang digunakan dan terus mandi sebelum    
        menjalankan kerja lain (ini untuk mengelakan keracunan) 
    9. Minum air bergas atau air kelapa untuk mengelakan keracunan dari terhidu RACUN
        tadi.

    biasanya racun anai-anai dapat bertahan sehingga 2 tahun atau lebih mengikut kekuatan RACUN tersebut....
    SELAMAT MENCUBA!!!!!

    2 comments:

    1. Qaiza said...:

      Saya ada mengedar penyembur serangga BUKAN racun. Semua serangga boleh guna (lipas, cicak, tikus, anai2, semut, dll)...boleh hubungi saya jika berminat.. http://qaizashop.blogspot.com/search/label/Penyembur%20Serangga

    1. Unknown said...:

      assalamualaikum, anda juga boleh menghibungi kami di talian 011-21943495 untuk masalah anai anai dan pelbagai serangga.

      http://www.mudah.my/Pest+Control+Anai+Anai+dan+lain+lain-53017387.htm

      https://www.youtube.com/watch?v=DUwwBnHEE2U

    Post a Comment